Perkhidmatan Penyelesaian TCC
Ini bukan jalan pintas. Ini proses membetulkan kedudukan cukai anda langkah demi langkah sehingga status TCC anda berubah sendiri kerana asasnya sudah betul.
Contoh sebenar kes yang diselesaikan. Sijil dikeluarkan oleh HASiL — bukan oleh PatuhCukai. Setiap kes berbeza; tiada jaminan hasil.
Konsultasi awal percuma.
Punca
Lihat sijil “Tidak Patuh” di atas — HASiL sendiri menandakan puncanya pada sijil. Dalam kes itu: BNCP tahun 2022, 2023 & 2024 tidak dikemukakan.
1
Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran tertentu belum dihantar. Penyelesaian: sediakan akaun, kira cukai, kemukakan borang bagi setiap tahun tertunggak.
2
Ada baki cukai yang belum dibayar dan tiada jadual ansuran yang dipatuhi. Penyelesaian: sahkan jumlah sebenar, bayar, atau susun ansuran dengan HASiL dan patuhinya.
Proses Kami
Enam fasa, satu demi satu. Anda tahu di fasa mana kes anda berada pada setiap masa.
Anda beritahu jenis perniagaan, tempoh berniaga dan status TCC. Kami bantu kenal pasti apa yang perlu disemak dahulu — tanpa sebarang bayaran.
Tahun taksiran mana yang tertunggak? Ada baki cukai? Rekod tidak sepadan? Kami senaraikan punca satu persatu supaya jelas apa yang perlu dibetulkan.
Invois, resit, penyata bank, dokumen projek — kami bantu susun dan sediakan pengiraan akaun serta cukai bagi setiap tahun terlibat.
Setiap borang tahun tertunggak dikemukakan kepada HASiL dengan lengkap dan teratur.
Jika ada tunggakan, kami bantu anda memahami jumlahnya dan menyusun penyelesaian — bayaran penuh atau jadual ansuran yang realistik dengan HASiL.
Apabila asas sudah betul, status disemak semula di MyTax. Sijil “PATUH” dikeluarkan oleh HASiL — seperti contoh di atas.
Peranan Anda
01
Penyata bank, invois, resit, dokumen SSM — hantar apa yang ada. Tidak lengkap pun tidak mengapa; itu memang normal.
02
Kami hanya boleh betulkan apa yang kami tahu. Cerita sebenar perniagaan anda kekal sulit.
03
Tiada jalan pintas. Proses yang betul mengambil masa mengikut bilangan tahun terlibat — tetapi ia selesai sekali dan kekal betul.
Tiada Shortcut.
Tiada “Kabel”.
Tiada Manipulasi Cukai.
Tauliah
Ya.
Hubungi kami untuk maklumat tauliah.
Ya.
Hubungi kami untuk maklumat tauliah.
Beritahu kami tiga perkara sahaja: jenis perniagaan, berapa lama berniaga, dan status TCC sekarang.
Kami bantu anda kenal pasti langkah seterusnya.
WhatsApp PatuhCukai SekarangKonsultasi awal percuma.
Faham dahulu. Betulkan asas. Kemudian barulah patuh.
NOTIS
PatuhCukai.com bukan laman web rasmi HASiL. Pengeluaran TCC dilakukan sepenuhnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Maklumat disediakan untuk tujuan pendidikan umum; setiap kes cukai berbeza.
Klik atau sentuh mana-mana bahagian untuk tutup